Thursday, October 14, 2010

Guru @ Cikgu - Permasalahan Semasa Kini Dan Tak Mahu Selamanya.

Dari Bro Flying Kick :

Umum mengetahui bahawa guru-guru sekolah kerajaan di seluruh Malaysia, sebenarnya sedang menghadapi ZAMAN KEMURUNGAN yang sangat teruk. Mereka murung bukan kerana tidak dapat gaji atau kerajaan kurang memberikan insentif atau pelbagai kemudahan yang lain, sebaliknya SEBAHAGIAN BESAR guru-guru berkenaan sebenarnya tidak pernah berminat untuk menjadi guru, sebaliknya sekadar bekerja untuk mendapatkan gaji.

Fenomena cikgu-cikgu balik sebelum anak-anak murid balik ke rumah, bukan lagi perkara asing, malahan ia sudah menjadi perkara lumrah. Ditambah pula dengan sikap pengetua yang sentiasa berusaha untuk menutup segala kepincangan pentadbiran di sekolahnya demi mengejar saguhati yang disediakan oleh Jabatan.

Ramai guru yang mengeluh kerana bebanan kerja yang bertambah. Ramai yang marah kerana dasar kerajaan yang dilihat lebih menekan mereka selaku penjawat awam. Malah ramai yang mengatakan kerajaan tidak melayan mereka dengan adil walaupun sebenarnya merekalah yang mencorakkan pemimpin generasi masa hadapan.

Itu adalah antara alasan-alasan yang diberikan...

Lebih 90% guru-guru merupakan penyokong parti-parti PAS, PKR dan DAP yang sangat tegar. Kalau dahulu UMNO berbangga kerana guru-guru merupakan pendokong mereka, tetapi kini sudah terbalik. Biarpun guru-guru tidak dibenarkan berpolitik, hakikatnya terlalu ramai guru-guru yang menuduh kerajaan zalim, terlibat sepenuh masa sebagai orang politik, manakala profesion guru pula dianggap sebagai pekerjaan sampingan.

Ditambah pula dengan tekanan daripada PPD di mana pegawai-pegawainya merupakan guru-guru yang dinaikkan pangkat dan sedang gila kuasa di samping keinginan untuk menunjuk kuasa yang membuak-buak, menjadikan guru-guru biasa sebagai sasaran mereka. Pada masa yang sama, nama pihak atasan digunakan oleh pegawai-pegawai PPD untuk memantapkan perangai tunjuk kuasa mereka.

"Menteri apa dia tahu. Kita yang buat kerja. Diorang cuma buat dasar."

Itu adalah kata-kata seorang pegawai PPD yang ditanya oleh penulis, mengapa seorang pelajar yang tidak mempunyai surat kelahiran tidak dibenarkan meneruskan persekolahan sekalipun Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengarahkan agar anak-anak malang itu dibenarkan menduduki kerusi di alam persekolahan.

Kejadian tersebut berlaku pada awal tahun 2010 di sebuah sekolah di Tasik Campuran, Ampang.

Sekarang, musim mengira bonus sedang menjadi fenomena yang melanda guru-guru di seluruh Malaysia. Masing-masing, terutama yang begitu seronok menghentam kerajaan, sedang mengira, berapakah bonus yang bakal mereka perolehi. Apabila ditanya apa perlu bonus kepada mereka sedangkan tahap dan mutu kerja mereka tidak setara mana, mereka dengan fasih menjawab, 'Itu adalah hak kami. Kami hanya menuntut hak kami.'

Bagaimanapun, apabila ditanya, bagaimana hak para pelajar yang mempunyai guru yang tidak berminat dengan kerja mereka, sebaliknya sekadar kerja untuk mendapatkan gaji dan bonus di samping tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka, mereka biasanya akan mengalihkan tajuk perbualan.

Kementerian Pelajaran sebenarnya sedang mengalami KEMEROSOTAN yang sangat teruk. Dari kerani-kerani cabuk, sampailah ke peringkat Pengarah, kebanyakannya sudah terlalu korup dan menyalahgunakan kuasa serta jawatan mereka. Seharusnya pemantauan dilakukan oleh Siasatan Dalaman Kementerian Pelajaran dan tindakan tegas diambil terhadap guru-guru yang tidak berminat dengan kerja mereka.

Sepatutnya kerajaan sudah pun mengambil tindakan tegas. Biarpun terhutang budi dengan guru-guru berkenaan, namun dalam soal masa hadapan generasi muda, risiko tidak boleh diambil. Jadi, apabila ada guru-guru yang sangat berminat dengan politik pembangkang, seharusnya mereka dibersarakan dan guru-guru baru yang berminat dengan profesion perguruan dipilih.

Tidak guna hendak menjaga hati guru-guru yang duk ada sekarang, memandangkan kebanyakan daripada mereka bukan lagi berfungsi sebagai guru, sebaliknya sekadar pekerja kesatuan sekerja yang mengejar bonus dan duit raya!

Terlalu ramai orang yang berminat hendak menjadi guru tetapi tidak bernasib baik, sebaliknya TERLALU RAMAI orang yang tidak berminat menjadi guru, tetapi diambil menjadi guru yang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan!!!

Tidak salahnya kalau Kementerian Pelajaran mengamalkan pendekatan institusi pendidikan swasta dalam soal pemilihan dan pemantauan prestasi guru-guru ini.... setidak-tidaknya, tidaklah mereka sibuk dengan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, tetapi duit gaji yang digunakan untuk diberi makan kepada anak isteri merupakan pendapatan haram sebab tanggungjawab dan amanah yang menjadi sumpahnya, sekadar dilaksanakan bagai melepaskan batok di tangga.
 
 
 
 ULASAN Ru Bi Di:
Setuju sangat la bro kata-kata hang nie... Sekarang ini, kebanyakan guru-guru di Malaysia sudah 'demoralize' di sebabkan beberapa faktor:

1. Sikap pelajar-pelajar sekarang dah semakin membimbangkan. Suggestion setiap rotan perlu ade di tangan semua guru. Tp ingat, kawalan terhadap penggunaan ini perlu pemantauan menyeluruh dan ia hanya dilaksanakan di sekolah.
 
2. Tidak harus menyalahkan guru-guru sahaja, bagaimana dengan peringkat atasan. Pernah korang tgk ker Pengarah Pendididikan Daerah, Negeri, Kebangsaan mengambil initiatif nak melawat ker, menjenguk ker guru-guru kat sekolah. Camner ngan guru-guru tadika, RuBiDi merasakan nasib-nasib mereka lagi malang.
 
3. Keselesaan guru perlu ada. Saya ambil contoh satu sekolah bantuan separa kerajaan. Rasa nak menangis pun ada sebab pengorbanan guru amat berharga. Bayangkan, keadaan sempit, buku terlalu banyak sampai nak lalu pun kene berhimpit-himpit. Yang disibuknya pegawai atasan nak cari bini No2, bukan nak bagi idea camne nak perbaiki semua permasalahan. Keselesaan guru penting, baru mereka bersemangat nak mengajar.
 
4. Guru pencorak bangsa. Tidak kira Melayu, Cina, India atau Bidayuh atau ape2 bangsa sekalipun. Mereka perlukan sokongan dari kerajaan. Pelaksanaan sahaja, pemantauan takde pun tak guna. Tue sebab mereka terasa seperti dipermainkan. Ada pembantu kat sekolah tapi takleh pakai. 
 
5. Bagi kenaikan pangkat, struktur gaji yang lebih kompetitif. KPI perlu dilakukan dengan telus. Yang betul-betul layak sahaja perlu dapat. (Psst... agaknya ade buyers tak dalam KPI nie?)

6. Bagi saya, keinginan seseorang itu nak jadi guru penting. Jika beliau dah mmg menanam cita-cita untuk menjadi guru, beliau mampu menjadi guru cemerlang. Jika tidak niat awal-awal dah tak betul. Macam mana yerk? TEPUK DADA TANYA SELERA.

Khas buatmu Guru-Guru Seluruh Malaysia. Didikanmu buatku mampu menulis, membaca dan mengira. Terima Kasih Guru/Cikgu! Terima Kasih....




Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.
 
~Ru Bi Di~


1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete